(credit to google)
Assalamualaikum ayah...adik ni....Ayah..hari ni genap 4 tahun ayah meninggalkan kami.Terlalu cepat masa berlalu..namun ingatan kami terhadap ayah x pernah pudar.Setiap detik bersama ayah adalah kenangan yang indah dalam hidup kami.
Ayah..adik masih ingat pengorbanan dan jasa ayah.Ayah gigih bekerja mencari rezeki utk keluarga.Bekerja sebagai penyelia di pejabat pos...berniaga kuih bersama mak depan rumah..hanya untuk membesarkan kami semua. Ayah x jemu jaga adik masa adik kecil.Bila adik dah mula sekolah,ayah hantar dan ambil adik..walaupun tiada kereta pd masa tu,hanya berbekalkan motor vespa.Bila dah besar,adik dah mula berdikari; ayah x perlu lagi bersusah payah hantar dan ambil adik. Alhamdulillah,tamat Darjah 6, adik dpt tawaran SBP di KL.Adik terima walaupun adik tau ayah dan mak agak keberatan. 5 tahun di SSP,di tengah2 kotaraya Kuala Lumpur, berjauhan dgn keluarga, alhamdulillah adik berjaya berdikari dan mendapat keputusan SRP dan SPM yang membanggakan. Terima kasih ayah..terima kasih mak kerana benarkan adik belajar di sana kerana sungguh banyak pengalaman dan kenangan di SSP yang menjadikan siapa adik sekarang.
Ayah..bila adik masuk Universiti,sekali lagi adik pergi jauh merantau di utara tanahair. Adik yakin adik boleh berdikari sebagaimana adik di SSP dulu..dan alhamdulillah,adik berjaya menggenggam segulung ijazah walaupun tidak mendapat Anugerah Dekan etc..terima kasih sekali lagi ayah,mak atas pengorbanan kalian.
Ayah...lps bersara,ayah masih gigih bekerja walaupun sebagai seorang guard di kilang, di kondo..ingat x lagi ayah bersusah payah tolong carikan keje utk adik di kilang tpt ayah kerja? Adik sgt menghargai jasa ayah tp adik minta maaf,mungkin bukan rezeki adik utk kerja di Johor..akhirnya, sekali lagi adik terpaksa merantau ke Kuala Lumpur utk mencari rezeki. Syukur alhamdulillah, selepas 1 bulan bekerja swasta,adik dpt tawaran ke perkhidmatan awam dan slps 11 tahun, syukur atas rezeki yang dikurniakan..
Ayah...terima kasih kerana merestui perkahwinan adik...walaupun ada cabaran, namun akhirnya kami disatukan. Ayah..ayah hanya sempat jumpa Adini tp tidak Adam...Ayah..mata Adam saling x tumpah macam mata ayah dgn bulu mata yg lentik. Walaupun Adam x pernah jumpa ayah, kami tetap bawa dia ke kubur ayah dan bila dia besar nanti, semoga dia sentiasa mendoakan ayah.
Ayah...betapa luluh hati kami setelah mendapat tahu penyakit yg ayah alami..tetapi kami redha dan sentiasa berdoa ayah sihat seperti sedia kala...tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi ayah dan tanggal 26 Nov 2008 ayah telah pergi mengadapNya. Ayah..adik terkilan sbb x sempat nk berbakti lebih lama kpd ayah...x sempat nk membalas segala pengorbanan ayah...kini, hanya doa yang adik boleh berikan kpd ayah...
Adik sentiasa doakan roh ayah diredhai oleh Allah. Semoga Allah ampuni dosa-dosa ayah.Semoga Allah melapangkan kubur ayah selapang-lapangnya. Semoga kubur ayah menjadi seperti taman syurga yang dijanjikan kepada ruh orang beriman. Semoga adik mampu menjadi anak yang solehah yang dapat mendoakan ayah dan mak..Amin.
Al-Fatihah
**Note:Patutnya dah buat auto publish semlm 26 Nov exact tkh arwah ayah meninggal..tp x berjaya plak auto publish ni..
3 comments:
Rasanay mcm baru lagi ayah Mareld pergi..kejap je dah 4 thn..esok (30 Nov) pula tarikh pemergian mak akak 8 thn yg lalu..sama-sama la kita sedekahkan Al fatihah buat org yg plg berharga dlm hidup kita ni.
actually 3 tahun kalu kira year to year..tu la kan,kejap je masa berlalu..
mareld... aku pun merindui arwah ayah aku.. paling terkilan dia x sempat nak nikahkan aku.. just two weeks before aku nikah.. hancur luluh hati ini
Post a Comment