Friday, February 6, 2009

Tag lagiiiiiiii

Adusss Pn Baiduri nih...suke ngat mencari mangsa tag...huwawaawawawa...


Tag : House Staircase aka Rumahtangga

Soalannya:
Pada satu hari, anda mendapati suami anda melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip anda, mencemar ikatan perkahwinan anda dan betul2 buat anda gerammmm giler babas tahap tenuk hutan khatulistiwa..:

1. Anda marah dan geram ketika anda mendapati suami anda berbuat sesuatu yang anda tak suka.

a. Anda pukul belakang badan suami anda sekuat hati (gedebuk gedebuk)
b. Anda lari ke dlm bilik dan kunci lalu mengambil baju2 suami anda dan letak iron biar baju2 tu terbakar (padan muka xde baju g keje)
c. Anda hempas laptop kesayangan suami anda ke lantai sekuat hati (mintak2 rosak)
d. Anda masuk tido dan berpikir nak buat apa

Jawapan: Of course D...

2. Keesokan harinya..anda mendapati hati anda masih sangat pedih dan kecewa dan tiba2 dapat ilham untuk pergi jauh (lari la tu) buat seketika mencari ketenangan hati.Anda merancang untuk menyusup keluar dari rumah ketika suami anda sedang mandi...

a. Anda balik rumah ibu anda dengan anak2
b. Anda balik ke rumah ibu mertua anda dan mahu bercerita tantang anaknya itu
c. Anda pergi lepak kat Port Dickson (tu je la yang dekat pon-nak g jauh2 malas nk drive)
d. Anda lari keliling rumah aje

Jawapan: Mmmm C kot...pi PD bwk anak...

3. Ketika anda dalam perjalanan ke tempat yang anda tuju ...tiba- suami anda menelefon anda

a. Anda biarkan saja tepon bunyi
b. Jawab telefon sambil menangis
c. Jawab telefon dan berkata "no yg anda dail tiada dalam perkhidmatan.."
d. Buang telefon anda di seat belakang


Jawapan: A - Biorkan dia tertanya2...

4. Panggilan dari suami anda tidak berjawab, lalu anda mendapat sms darinya yang berbunyi "Awak pergi mana, x minta izin abang pon"

a. Anda terkedu dan rasa berdosa lalu pusing balik. (maluu niii)
b. Anda balas sms berbunyi " Izinkan saya keluar" (anda tau suami anda mmg akn bagi sbb dia xnak hukum anda..suami anda sabar orgnya)
c. Anda x jwab sms dan buat bodo je.
d. Anda pergi kedai dan beli brg dan balik rumah semula (konon2 pegi kedai la beli brg aje, lupa nk bgtau)

Jawapan: B or C...kalu tahap geram tinggi,maybe C la...

5. Suami anda menghantar sms dan merayu anda agar pulang ke rumah.

a. Anda cair dan terus pulang ke rumah
b. Anda hati kering..xbalik rumah
c. Anda balas sms berkata "tengokla camne"
d. Anda pikir dulu la..

Jawapan: C or D...dgn tambahan sms "I need to be alone..."..fewittt

6. Akhir sekali anda letih dan muhasabah diri dan bersabar aje..maka nyatakan 3 nasihat untuk diri anda..

1) Nobody is perfect...
2) Kalu husband leh sabar,nape aku xleh?
3) Buang yg keruh,amik yg jernih....


7. Tag 4 orang kawan anda yang anda percayai dan gila-gila...

Mmm kwn2 semua dh kena tag...so kali ni no tag from me...hehe

1 comment:

BaiDuRi said...

tocey..tocey..kerana menyahut cabaranku..